twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

如果新生们要换学科的话,你需要知道这个

GARIS PANDUAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN



1. Pelajar perlu membuat permohonan secara rasmi kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-    lewatnya sebelum minggu kedua awal semester dengan menyertakan salinan keputusan peperiksaan SPM, STPM/Setaraf, Diploma/Setaraf, MUET, salinan surat tawaran dan dokumen sokongan yang lain.

2. Borang Permohonan Bertukar Program boleh didapati melalui laman web e-pelajar.

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan semula ke Bahagian Pengurusan Akademik seperti alamat berikut:-

Timbalan Pendaftar (Akademik)
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

4. Bahagian Pengurusan Akademik akan menyerahkan permohonan pertukaran program/fakulti pelajar kepada Dekan Fakulti baru untuk pertimbangan.

5. Pertukaran program/fakulti boleh dipohon oleh pelajar dengan syarat ia telah mendaftar program pengajian asal.

6. Pelajar layak memohon pertukaran program/fakulti pada awal semester bermula iaitu tidak lebih dari minggu kedua perkuliahan.

7. Permohonan pertukaran program/fakulti perlu disokong oleh Dekan Fakulti asal.

8. Pelajar tidak dibenarkan membuat permohonan pertukaran ke Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pendidikan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pendidikan boleh memohon pertukaran ke lain-lain program/fakulti di UKM.

9. Kebenaran untuk menukar program/fakulti adalah tertakluk kepada perakuan Dekan Fakulti baru, kekosongan tempat yang ada dan pelajar memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda 1990) dan pindaan 2009 di bawah perkara 2.4 berkaitan perkara di atas adalah seperti berikut:

“2.4. Penerimaan masuk ke mana-mana Fakulti tidak semestinya bermakna bahawa seseorang calon dibenarkan memilih sendiri bidang pengkhususan dalam program pengajian tertentu di Fakulti itu walaupun ia mempunyai syarat-syarat khas yang ditetapkan dalam Bahagian ini. Pengagihan pelajar-pelajar ke bidang-bidang pengkhususan adalah ditetapkan mengikuti budi bicara Lembaga Pemilih Fakulti. Walau bagaimanapun keutamaan masuk ke jurusanjurusan tertentu adalah bergantung pada syarat-syarat Fakulti yang ditetapkan tertakluk kepada penyelarasan di peringkat Universiti”.

10. Keputusan dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam program asal tidak dibawa atau dikira pada program baru.

11. Fakulti berhak menolak permohonan pelajar untuk bertukar program pengajian sekiranya permohonan tidak memenuhi semua syarat yang ditetapkan di atas. Semua keputusan pertukaran yang dibuat adalah muktamad.

12. Bahagian Pengurusan Akademik akan memaklumkan keputusan permohonan pertukaran selepas pertimbangan dibuat oleh Dekan Fakulti baru.

13. Pelajar dikehendaki menyemak status permohonan di Bahagian Pengurusan Akademik. Jika permohonan pertukaran program diluluskan, pelajar dikehendaki membuat proses gugur tambah kursus dengan segera mengikut peraturan yang ditetapkan. Bagi permohonan yang gagal, pelajar diminta meneruskan pengajian
sebagaimana program asal.

14. Pelajar boleh memohon pemindahan/pengecualian kredit ke atas kursus-kursus yang sesuai untuk program baru tertakluk kepada Garis Panduan Pemindahan dan Pengecualian Kredit.

15. Pelajar hanya dibenarkan membuat pertukaran program pengajian sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di Universiti.

16. Pelajar akan diminta untuk hadir ke pejabat Bahagian Pengurusan Akademik untuk mengemas kini rekod. Sekiranya pelajar tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, pelajar dianggap menolak tawaran.

17. Pelajar adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak penaja mereka mengenai pertukaran tersebut.

0 comments:

Post a Comment